44th Brigade

WYD

May 21st, 2009 Posted in iluvislam.com | No Comments »

World Youth Day 2008: Haji Orang Kristian? 
www.iluvislam.com 
oleh: ibn_affandi 



wyd

 

Pengenalan
World Youth Day 2008 (WYD) yang telahpun berlangsung pada 15 hingga 20 julai merupakan event terbesar di Australia untuk tahun ini, dengan pembelanjaan sebanyak 129 juta AUD. Secara kasar, WYD adalah acara yang dianjurkan oleh Catholic Church untuk mengajak muda-mudi kristian di seluruh dunia dalam satu ‘pilgrimage’ untuk mengenal dan kembali kepada ajaran agama tersebut. Program ini diasaskan oleh Pope John Paul II pada tahun 1986. Pada tahun ini WYD dihadiri oleh figure terbesar dalam Kristianiti iaitu Pope Benedict XVI

WYD telahpun diwarwarkan di Universiti saya, UNSW seawal semester ke-2 tahun 2007. Saya sendiri tersalah faham dengan perkataan WYD, membayangkan ianya merupakan acara untuk meraikan golongan muda secara umum kerana namanya yang tiada langsung mengaitkan dengan kristianiti bagi sesiapa yang baru mendengarnya. 

 

kelihatan perkataan jesus ditulis di langit dengan menggunakan bantuan kapal terbang sehari sebelum WYD bermula.

 

Aktiviti Sepanjang WYD

15 Julai, Berlangsung upacara pembukaan dengan ‘Opening Mass’ di Barangaroo. Lebih kurang 150 000 pilgrim atau ‘jemaah’ majoriti dari luar negara dan Australia berkumpul di sana untuk meraikan acara pembukaan yang seolah-olah seperti sebuah konsert. Berdasarkan maklumat yang diberi di dalam web rasmi WYD, seramai 100000 orang pilgrim berdaftar dari Australia sendiri dan rombongan luar negara paling ramai ialah dari eropah dengan anggaran 54000 orang.

Pada 17 Julai, Pope Benedict XVI tiba di Sydney. Ketibaan beliau disambut baik oleh Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd. Sepanjang kehadiran beliau di Sydney, Pope Benedict selalu diiringi oleh Archbishop of Australia dan sepasukan pengawal peribadi bagi menjamin keselamatan beliau. Kereta yang dinaiki oleh Pope dibuat khas oleh Mercedez-Benz dengan kelengkapan bullet-proof, kemungkinan besar untuk mengelak kes cubaan membunuh Pope John Paul II yang pernah berlaku suatu masa dahulu semasa beliau sedang membuat perarakan umum di Vatican pada 13 Mei 1981.

Sepanjang program WYD berlangsung kelihatan kelibat ‘jemaah-jemaah’ mereka bergerak dalam kumpulan seramai 10 -30 orang selalunya mewakili negara masing-masing (mereka akan membawa bendera negara bersama-sama) di sekitar kawasan sydney. Ada diantara rombongan tersebut yang menyanyikan lagu-lagu gereja sambil berarak, seolah-olah seperti jemaah haji yang melaungkan talbiah. Saya juga pernah ternampak rombongan dari Malaysia.

Semasa melawat Circular Quay (tempat terletaknya Syndey Opera House dan Harbour Bridge yang menjadi pujaan pelajar-pelajar Civil Engineering) pada petang 18 haribulan, sedang berlangsung acara ‘lakonan semula’ babak penting dalam kehidupan Jesus berdasarkan ‘blibical history’, antara babak yang di’highlight’ ialah ‘The Last Supper’ dan ‘The Agony in the Garden of Gethsemane’, iaitu persiapan sebelum Jesus disalib. Saya berkesempatan melihat sendiri seorang pelakon yang melakonkan watak Jesus ( yang kelihatan seperti seorang latin,??) memikul kayu salib dari Sydney Opera House ke Sydney Harbour sambil di iringi dua askar Roman yang lengkap berpakaian dengan kelengkapan era ‘Roman 2nd Age’ (yang biasa nampak dalam permainan komputer). Pelakon tersebut kemudian dinaikan di atas sebuah platform dan disalib dengan salib kayu yang dipikulnya, untuk tatapan semua pilgrim yang hadir sebagai memperingati pengorbanan Jesus.

 

Pada 19 Julai di St. Mary’s Cathedral, Pope Benedict XVI melakukan permohonan maaf secara besar-besaran kepada mangsa penderaan sex kanak-kanak yang dilakukan oleh paderi-paderi kristian katolik. Beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai suatu kejahatan dan melahirkan perasaan simpati terhadap mangsa-mangsa. Dalam kesempatan itu juga, beliau memohon maaf atas kenyataan yang mengaitkan Islam dan keganasan yang menyebabkan kemarahan dunia Islam terhadapnya pada tahun 2006.

Pada hari malam terakhir program (19 haribulan) hampir semua ‘jemaah’ berkumpul di Randwick Racecourse untuk bermalam di sana. Suasana seolah-olah bagaikan di padang Arafah, terdapat khemah-khemah yang juga berwarna putih yang didirikan di sana untuk menampung bilangan jemaah yang dianggarkan seramai 153 000 orang. Randwick Racecourse merupakan pusat lumba kuda yang terkenal di sydney dan bersebelahan dengan UNSW. Aktiviti lumba kuda yang biasa dilakukan pada hari sabtu dihentikan untuk memberi laluan kepada WYD.

Untuk pengetahuan pembaca, Malaysian Hall terletak betul-betul bersebelahan Randwick Racecourse. Saya pada masa yang sama juga sibuk membantu Junior yang baru tiba di Sydney mengalami kesusahan untuk berulang-alik dari rumah ke Malaysian Hall kerana kesesakan lalu-lintas dan banyak jalan yang ditutup.

Kritikan Dalam Australia.

WYD mendapat tentangan dari segelintir penduduk Australia sendiri. Antara kumpulan protes yang kelihatan sepanjang program adalah dari golongan atheist di Australia. Golongan atheist menunjukan tentangan mereka terhadap Pope Benedict yang mengkaitkan Atheism dengan kekejaman dan kerosakan dalam ucapan beliau ketika lawatannya ke Amerika November tahun lepas. Golongan Atheist dan sekular di Australia telah bergabung dan menubuhkan NoToPope Coalition.

Terdapat juga kumpulan protest yang mewakili mangsa-mangsa penderaan sex kanak-kanak yang dilakukan oleh paderi-paderi Catholic di Australia. Kumpulan ini telah menyatakan bahawa terdapat 107 orang paderi/pegawai agama Kristian yang tertuduh dalam kes ini semenjak tahun 1993. Anthony Foster Seorang ayah kepada dua orang anak yang diperkosa melahirkan perasaan kecewa selepas pertemuannya dengan Pope Benedict di St Mary Cathredal, beliau kecewa dengan kata-kata Pope yang hanya mengulangi ucapan kesal Gereja Katolik tanpa menghulurkan sebarang bantuan terhadap mangsa (The Australian). 

Sepanjang program berjalan, lebih 300 jalan sekitar sydney terpaksa ditutup untuk membolehkan pergerakkan ‘jemaah’. Setengah penduduk di sydney terutamanya yang mereka yang terlibat dalam perniagaan dan komersial melihat WYD sebagai beban berbanding peluang. Ini kerana banyak jalan-jalan yang ditutup sepanjang program berlangsung merupakan jalan-jalan utama seperti Alison Road, Anzac Parade, Clevekand Street dan Oxford street secara langsung menyekat pergerakan pernigaan mereka selama beberapa hari.

Sistem pengangkutan mengalami perubahan jadual dan ‘route’, akibat jalan-jalan yang terpaksa ditutup. Ini menyulitkan pengguna perkhidmatan awam di sydney.

Penutup

Seorang rakan saya sempat berborak dengan salah seorang pilgrim. Rakan saya menyatakan bahawa mereka sangat baik dan ramah. Ini tidak salah, kebanyakan kristian yang bersungguh dengan agama mereka merupakan orang yang baik-baik, dalam hati mereka lahir perasaan sebagai seorang hamba yang ingin patuh kepada Tuhan yang Maha Agung sebagaimana kita Muslim, cuma mereka tidak bernasib baik untuk dilahirkan dalam keluarga Islam dan seterusnya mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Sebagai muslim, kita tidak boleh memandang mereka dengan perasaan jijik dan berbangga-bangga dengan kelebihan kita yang dilahirkan islam. Ingatlah peristiwa syaitan laknatullah yang enggan sujud kepada Adam ketika diperintahkan Allah, berbangga diri kerana diciptakan dari api. Janganlah berbangga diri tapi kita perlulah bersyukur dan merendah diri kerana kita juga tidak mampu memilih untuk lahir dalam keluarga Islam, dan ketika menerangkan Islam kepada mereka perlulah dilakukan secara berhikmah dan berakhlak.

“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” 
(Al-Ankabut:46)

Rujukan:

World Youth Day 2008 Official Websiteviewed on 3/8/08.

The Australian, < http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197,24049778-601,00.html> , viewed on 3/8/08.

Yahoonews, < http://news.yahoo.com/s/ap/20080719/ap_on_re_au_an/australia_pope>, viewed on 3/8/08.

Wikipedia on World Youth Day, viewed on 3/8/08.

Wikipedia on World Youth Day 2008, viewed on 3/8/08.

Wikipedia on Pope John Paul II, viewed on 3/8/08. 

 

Qiblat Kamu

May 21st, 2009 Posted in iluvislam.com | No Comments »

Ketahui Qiblat Anda
www.iLuvislam.com
oleh: ibn affandi

 

Umat Islam terdahulu telah mencipta pelbagai penemuan baru bukan sahaja untuk meningkat qualiti hidup tetapi untuk menyebarkan agama. Apabila agama islam semakin tersebar luas dan semakin jauh dari Jazirah Arab, timbul satu masalah besar, iaitu bagaimana ingin menentukan arah Qiblat? Seperti yang kita sedia maklum pendakwah Islam mengembara menyampaikan risalah sehingga ke tanah China.

Sepertimana yang biasa kita lihat dalam media apabila mereka ingin menyingkap kegemilangan Umat Islam terdahulu, alat-alat seperti astrolab, sextant dan sebagainya tertera, jelas lagi bersuluh Umat Islam merupakan pendahulu dalam teknologi navigasi dan Orientasi, maka bersama teknologi ini mereka mampu belayar jauh dan yang mampu menunjuk arah qiblat ketika mengajarkan ilmu bersolat kepada saudara baru mereka, termasuk nenek-moyang kita.

Kini semuanya telah dipermudahakan kepada kita, Masjid sudah tersergam indah pergi sajalah bersolat di dalamnya, dan kalau merantau jauh ke negeri, kompas qibla kan ada. Baca sajalah dari buku manualnya. Bagaimanapun penulis tersentak untuk mengetahui sendiri cara menentukan qiblat, dan satu kemusykilan timbul semasa melakukan kajian.Adakah kompas calibrated atau kompas Qiblat itu betul-betul menunjukan arah qiblat? Persoalan timbul setelah menyedari perbezaan sebenar antara Utara sebenar (true north) dan arah utara yang ditunjuk dalam kompas (Magnetic North). 

Dalam artikel ini saya ingin mengajak anda mengenali sedikit sebanyak mengenai bearing dan meningkat kesedaran anda tentang kompas ‘calibrated’ yang biasa kita gunakan. Juga untuk memperkenalkan kepada anda beberapa teknik untuk menentukan arah kiblat selain dari menggunakan kompas ‘calibrated’ dan menggunakan maklumat tersebut untuk menentukan samada kompas tersebut boleh dipercayai atau tidak. 

Jenis utara

Sekurang-kurangnya terdapat lebih kurang empat jenis utara berbeza yang digunakan sebagai rujukan untuk sistem koordinat, ‘true north’, ‘magnetic north’, ‘grid north’ dan ‘arbitary north’. Walaubagaimanapun kita akan fokus pada dua jenis utara sahaja, ‘true north’ dan ‘magnetic north’.

True North (Utara sebenar)

True north dan true south diambil daripada paksi pusingan bumi, yang mana, true north di bahagian akhir sebelah ‘atas’ bumi, dan secara teknikalnya, seseorang yang berdiri betul-betul atas titik true north atau true south akan seolah-olah berpusing setempat. Dalam sistem koordinasi antarabangsa iaitu WGS84 (World Geodetic System 1984) yang diguna pakai secara meluas antaranya dalam sistem GPS, true north digunakan sebagai rujukan utama (Robert, 2008). Software seperti Google Earth, ArcGlobe dan World Wind menggunakan datum koordinasi WGS84.

Magnetic North (Utara Magnetik)

Jarum kompas utara akan memberi arah pada magnetic north. Magnetic north terhasil akibat kesan dinamo (dynamo effect). Di mana besi lebur dalam perut bumi akan menghasilkan arus dynamo yang kemudiannya akan mengaruh eletromagnet yang menghasilkan medan magnetik bumi (Paor, 2002). Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa lokasi magnetic north bukan berada pada true north dan begitu juga dengan magnetic south, bahkan lokasi magnetic north juga berubah setiap masa. Melalui rekod yang dikeluarkan oleh Geological Survey of Canada, titik magnetic north terletak di bahagian utara canada dan bergerak saban tahun (lihat jadual 1), untuk pengetahuan umum koordinate true north adalah 90.0 N, O E/W. (N=North, W=West, E=East, S=South)

Jadual 1: Koordinat Magnetic North

Tahun

Latitude ( °N) Longitude ( °W)
2001 81.3 110.8
2002 81.6 111.6
2003 82.0 112.4
2004 82.3 113.4
2005 82.7 114.4

(Diambil dari website Geological Survey of Canada)

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas boleh cari di Google Maps, atau menggunakan software Google Earth.

Salah Faham Umum

Melalui bancian kasar ke atas sampel pelajar-pelajar luar negara di UK dan Australia, ramai yang mengetahui mengenai koordinate setempat mereka dan tahu membaca bearing. Majoriti daripada mereka menggunakan kompas biasa dan kompas ‘calibrated’ untuk menentukan arah qiblat dari mana mereka berada. Malangnya hampir semua tidak tahu mengenai perbezaan antara true north(TN) dan magnetic north(MN).

Bearing adalah bacaan sudut mengikut arah pusingan jam dari true north, dan bukannya bacaan dari MN. Ketika anda membaca kompas, jarum utara kompas akan menunjukan arah MN iaitu pada koordinate 82.7N, 114.4W bukan pada true north (90.0N, 0,0E/W). 
Sebagai contoh, arah qiblat di Kuala Lumpur adalah 292.68460 (Athan Basic 3.1), tapi apabila kita membaca bearing 292.6846 dari kompas ‘standard’, arah qiblat anda sebenarnya tersasar, kerana anda belum lagi membetulkan ralat sudut sesaran antara MN dan TN (magnetic declination). Ini merupakan kesalahan umum yang ramai dari kita lakukan. Sepatutnya, anda mengambil bearing 292.6846o - δ, yang mana δ=magnetic declination (akan dibincang kemudian).

 

 rajah 1: standard compass dan ‘calibrated’ compass

 

compass

 


Sudut sesaran Magnetik (Magnetic Declination)

Magnetic Declination (MD) adalah sudut perbezaan antara TN dan MN dari lokasi pemerhati. Ini bermakna MD mempunyai nilai berbeza mengikut tempat. Sudut MD ini boleh ditentukan dengan menggunakan Formula Trigonometri Sferikal atau dalam bahasa inggerisnya, Spherical Trigonometry Formula (Abdali, 2002). 

 

 

mana, EMN = Longtitude MN, E= Longtitude lokasi anda, NMN = Latitude MN, N = Latitude lokasi anda. Nilai Latitude adalah +(ve) jika kearah utara dan (-)ve jika kearah selatan, manakala, longtitude adalah (+)ve jika kearah timur dan (-)ve jika kearah barat. Contoh; London (51.50 N, 0.11670 W) maka, N=51.5 dan E= -0.1167.

Lokasi-lokasi yang mempunyai koordinat longtitude 114.4 W dan 65.6 E mempunyai MD hampir kepada 0o, kerana TN dan MN untuk kawasan-kawasan ini berada di atas garis longtitude yang sama . Walaupun koordinate TN ialah 90.0N, 0.0E/W, mana-mana garis longtitude akan bertemu di titik TN.

Teknik Menentukan Arah Qiblat

Menggunakan ‘Standard Compass’

Standard compass ialah kompas yang mempunyai 360 sudut dikenali juga dengan kompas camping. Sebelum itu anda mestilah mempunyai software Google Earth atau Athan Basic 3.1(dan yang terbaru) atau kedua-duanya sekali berserta kalkulator, pen dan kertas.

1. Tentukan bearing qiblat (B) dari kawasan anda.

Terdapat dua cara untuk menentukan bearing qiblat, satu dengan membaca terus dari software Athan Basic 3.*

rajah 2: Athan Basic software

 

Atau menggunakan Google Earth. Taipkan alamat rumah anda atau alamat yang berhampiran dan kemudian cari rumah/dorm/etc anda secara manual. Letak cursor betul-betul di atas rumah dan baca koordinat yang tertulis di bahagian bawah sebelah kiri window Google Earth.

 rajah 3: Google Earth

 

Seterusnya tentukan koordinat Kaabah juga menggunakan Google Earth. Untuk memudahkan pembaca saya sertakan koordinat kaabah; 

Kaabah: 210 25′ 21.03″ N, 39o 49′ 34.42″ E

Dengan menggunakan koordinat kedua kawasan ini, gunakan Spherical Trigonometry Formula;

 

 

Mana, EQ = Longtitude Qiblat, NQ = Latitude Qiblat, E= longtitude anda, N= latitude anda. Pastikan anda meletakan tanda negatif sekiranya Selatan dan Barat. Sekiranya bacaan bearing anda negatif contoh -45o ini bermakna bearing qiblat adalah sudut 45 lawan arah jam dari TN dengan kata lain bearing anda adalah 360-45 =3150.

2. Tentukan Magnetic Declination(δ)

Rujuk bahagian Magnetic Declination. Sepertimana bearing qiblat, sekiranya MD atau δ anda negatif, baca dari arah lawan jam.

3. Betulkan ralat δ

Contoh seperti di Kuala Lumpur, setelah anda buat pengiraan, bearing Qiblat dari KL ialah 292.6846 dan δ anda adalah +4.2984. Maka bearing sebenar ialah 292.6848 - (4.2984) dan anda perlu membaca bearing 288.386 pada standard kompas anda. Di UK MD anda adalah negatif maka bearing qiblat = B+δ. 

Kepersisan teknik ini saya jangka lebih kurang ± 0o 30′ arc.

Menggunakan Calibrated Compass

Inilah yang menyebabkan saya tergerak untuk menulis artikel ini, kerana beberapa Calibrated kompas yang ada pada saya dan pada rakan-rakan saya tidak membetulkan ralat sesaran Magnetik, tambahan pula hampir kesemua pelajar luar negara menggunakan kompas seperti ini.
Oleh hal demikian, untuk menggunakan kompas ‘calibrated’ tersebut anda mestilah tentukan samada ralat δ telahpun diambil kira terlebih dahulu dengan membezakan bearing yang anda perolehi dari teknik Standard Kompas dan teknik menggunakan software Qibla Locator.

  rajah 4: perbezaan antara arah qiblat sebenar dengan arah yang ditunjukan kompas di kawasan sydney

 

Menggunakan Software Qibla Locator 

Software Qibla Locator boleh diakses terus melalui browser, taipkan URL berikuthttp://www.qiblalocator.com/ dan kemudian masukan alamat kawasan anda, berbeza dengan Google Earth, Software ini di-‘powered’ oleh Google Maps, maka tidak semua alamat ada dalam sistem database berbanding database Google Earth.
Garisan yang terpapar pada skrin merupakan arah Qiblat, dan software ini menggunakan formula Trigonometri yang sama.

Menggunakan EDM dan RTK GPS

Teknik ini mempunyai ketetpan yang lebih tinggi. Malangnya, peralatan ini hanya boleh diselenggarakan oleh mereka yang professional. Teknik ini digunakan oleh Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri untuk menentukan arah qiblat Masjid-masjid dan surau-surau di negeri tersebut. Dengan kata lain untuk menggunakan teknik ini, bolehlah menelefon dan membuat temujanji dengan jabatan agama islam negeri.

Orientasi Matahari dan Bintang-bintang

(1) Matahari

(1.1) Kedudukan Matahari

Method ini dicipta oleh seorang ilmuwan Islam al-Tusi (1201-1274). Al-Tusi telah membuat pengiraan pergerakan matahari dan menetapkan anggaran tarikh pada 28 Mei dan 16 Julai (ada yang mengatakan 15 julai), matahari akan berada seolah-olah didirikan di atas sebuah menara yang betul-betul diatas Makkah (Abdali, 1997). Masa yang sesuai untuk melihat matahari pada tarikh ini, ialah 9.18 waktu Greenwich pada 28 Mei dan 9:27 waktu Greenwich pada 15/16 Julai, maknanya kalau di Malaysia (+8 GMT) waktu melihat matahari adalah pada pukul 17:18 dan 17:27 petang (Moonsighting.com).

Pada tarikh ini, gunakan bayang-bayang kayu untuk menentukan arah Qiblat. Kaedah telah digunakan oleh Umat Islam terdahulu berabad lamanya untuk membina masjid dan masih digunakan sehingga kini kerana jaminan kepersisannya.

(1.2) Menggunakan Jam Tangan (extra)

Apa yang anda perlukan adalah jam tangan analog. Tujukan sengat pukul 12 kearah matahari (pastikan jam tangan adalah horizontal dengan tanah) dan ambil sudut antara sengat 12 dan jarum jam. Contohnya, sekiranya jarum jam anda menunjukan pukul 3 tepat maka sudut yg anda cari adalah pada sengat pukul 1. 

Untuk kawasan hemisfera utara, sudut yang diperoleh menunjukan arah True South, manakala di kawasan hemisfera selatan sudut yang diperoleh menunjukan arah TN. Objektif teknik ini hanya untuk menentukan arah TN, dan kemudian buat anggaran bearing Qiblat. Ingin diingatkan di sini arah matahari turun atau naik tidak selalunya menunjukan arah sebenar barat dan timur dan ini berbeza mengikut latitude.

Untuk kawasan yang mempunyai daylight saving, teknik ini ‘valid’ untuk waktu sebenar yakni bukan ketika di tambah satu jam. Untuk waktu daylight saving gantikan sengat 12 dgn sengat pukul 1 (Robert, 2008).

(2) Bintang-bintang

Seperti pengembara di zaman silam anda juga boleh menentukan arah mata angin dengan melihat bintang-bintang yang dikenali di angkasaraya. Bagaimanapun ilmu saya atas perkara ini terhad, dan teknik menggunakan bintang tidak semudah matahari. Anda perlu membuat pemerhatian sendiri dan mencipta metod sendiri untuk menentukan arah. Berikut adalah teknik yang di ajarkan kepada saya;

Di Malaysia; cari buruj Orion (belatik) dan lihat pada Orion’s belt, 3 deretan bintang yang membentuk Orion’s Belt menunjukan terus ke arah kiblat. 

rajah 5: Buruj belatik (Orion)

 

Di Australia; rujuk rajah di bawah, Kedua buruj tersebut seolah berpusing mengikut suatu paksi ‘Imaginary’ dari masa ke masa. Garis yang mencamtumkan paksi tersebut dengan ufuk (horizon) adalah arah True south (Robert, 2008).

rajah 6: Southern Cross

Kesimpulan

Mengetahui arah Qiblat boleh dianggap sebagai satu kemestian untuk semua umat Islam, walaupun tidak tertera secara jelas dalam mana-mana rukun Islam mahupun rukun Iman, tetapi menghadap Qiblat untuk bersolat adalah rukun solat. Secara langsung meletakan tanggungjawab mengetahui arah Qiblat sebagi suatu kewajipan untuk membolehkan solat.

Kini saya mengharapkan pembaca membuat ‘homework’ sendiri dan postkan mana-mana jenama atau manufacturer Kompas ‘calibrated’ yang boleh dipakai dan yang tidak boleh lagi dipercayai di ruang comment di bawah.

Apa yang tertulis di atas lahir dari pandangan saya dan pengajian yang agak singkat atas perkara tersebut, dan saya mungkin melakukan kesilapan. Sekiranya terdapat kesalahan atau ruang yang memerlukan penambahan, saya buka untuk semua.


Acknowledgements

Dr. Craig Robert, 2008, GMAT1110 Notes, School of Surveying and Spatial Information, University of New South Wales, Australia.

Google Earth

QiblaLocator.com 

Athan Basic 3.1 

Rujukan

[1] A. de Paor and E. Burke, 2002, Calculation of the parameter “deflection” in a new theory of the Earth’s magnetic field, Department of Electronic and Electrical Engineering, National University of Ireland, Dublin, <http://www.nonlin-processes-geophys.net/9/373/2002/npg-9-373-2002.pdf> viewed on 25 May 2008

[2] S. Kamal Abdali, 1997, The Correct Qibla, < http://patriot.net/~abdali/ftp/qibla.pdf> viewed on 25 may 2008

[3] Moonsighting.com, < http://www.moonsighting.com/qibla.html> viewed on 30 May 2008

[4] Geological Survey of Canada, Geomagnetism: North Magnetic Pole <http://gsc.nrcan.gc.ca/geomag/nmp/northpole_e.php> viewed on 30 May 2008.